Popular Posts

Saturday 18 June 2011

pelamin angan angan ku....

Assalamualaikum semua...nabil memang selalu dalam kepala otak duk rayan dan angan angan apa pelamin pelamin yang style terbaru bole nabil hasilkan.Tapi pelamin diibaratkan hasil kreativiti kita so perlu la kos yang agak tinggi sekiranya pelamin kita untuk kelihatan gah.Tapi kalau bajet kita ala ala ciput so usah kita susah hati masih lagi bole dirikan pelamin cantik tapi cantiknya amatla subjektif.Kebanyakan memang nak semua murah murah...tapi kalau nak murah murah janganlaa kita demand dekat wedding planner tu macam macam kan..kesian kat dia.Bayangkan bila pelamin nak didirikan banyak sebenarnya yg perlu dititik beratkan sekiranya kita nak pelamin yang tersendiri atau custom made.Tapi kalau pelamin yang sedia ada memang hampa semua bole dapat harga murah atau erti kata lain pelamin dalam pakej.Yang selalu pelamin bole jadi mahal pasai bila demand customer nak pelamin taste dia iaitu custom made untuk dia saja.So kenala wedding planner tu kerahkan otak dia untuk hasilkan kreativiti baru khas untuk customer tu saja so akan jadilaa mcm mcm barang barang hiasan tambahan yang banyak contohnya bunga baru kena beli,backdrop baru dan mcm mcm lagi.Untuk pengetahuan semua customer..barang barang hiasan untuk pelamin yg berkualiti kebanyakan harga agak tinggi...tapi ada yang murah...bila murah paham paham laa kan..barang hiasan pun akan jadi biasa biasa.Tapi di nabil hair salon hampa semua bole dapat mcm mcm design pelamin dari murah sampai yang harga tinggi.Konsep nabil hair salon sehari satu wedding dan kami tak akan terima lebih dari satu wedding dalam sehari.Ini adalah rahsia kami untuk mengekalkan kualiti pakej pengantin untuk customer kami dimana hiasan kami untuk majlis tersebut akan menjadi vogue dan grand!!Pengalaman nabil hair salon mengendalikan majlis perkahwinan dah mencapai 11 tahun lamanya.Insyallah kami akan buat terbaik untuk hampa semua....Ini laa gambaran suasana terbaru majlis perkahwinan yang nabil teringin nak buat duk tengah dalam kepala otak sekarang.....

2 comments:

  1. kan...tapi dah ada yang baru pelamin dalam kepala ni...tak terbit keluaq lagi...biaq pi terpendam dalam sat...baru laaa surprise!!!

    ReplyDelete