Popular Posts

Friday 17 June 2011

musim pengantin bulan jun 2011

haaa...musim bulan may n jun ni memang bulan bulan keramat ramai orang kawen.Kami di nabil hair salon apa lagi musim ni laaa banyak kalori dan kolestrol i hilang bukan sebab apa sebab cuaca di kedah memang panas.Tapi alhamdulillah kami di nabil hair salon dapat mengharungi semua pakej-pakej pengantin yg kami terima masa musim tu dengan tenang sekali.Alhamdulillah customers pengantin yg kami terima semua baik baik belaka.Customers kami bulan may dan jun ni mai dari pelbagai pelosok negeri kedah...ada yg dari kampung tok keling,pendang,kota sarang semut,kota setar dan banyak lagi.Sampai-sampai saja umah pengantin terusssss tuan umah jamu aiq..alhamdulillah tapi saya tak lupa naa mineral water sentiasa di sisi.Haa laa larat tuan umah nak jamu aiq kat kami 24 jam..cek paham..so sebab tu laa cek bawak jugak air mineral yg dibeli di kedai wahli kat pknk untuk mengisi perut 3 orang yg menjalankan tugas.

Tugas kami yang pertama bila sampai umah pengantin di mulai dgn bacaan bismillah n assalamualaikum....giteewww...dan terus angkat barang2 dalam umah tuan rumah tu diletakkan di tempat yg tuan umah arahkan.Lepas tu terus dgn operasi kami dengan dimulai dgn hiasan bilik tidur.Bila dgn bilik pengantin paham2 laa kan bila cuaca yg panas ni kena ada banyak kesabaran dan mental yg kuat sebab hiasan bilik kena teliti dan halusi lepas tu baru laa pi ke part pelamin pulak dan last sekali hiasan meja makan.Kalau pakej yg ada fresh flowers selalunya kami akan hantar semua gubahan bunga kami pada malam sehari sebelum majlis perkahwinan tu bermula.Dan kami selalu make sure yang bunga kami fresh fresh belaka..kalau tak fresh insyallah kami ada caranya untuk freshkan dia...bole???Overall mmg best sangat bila musim pengantin tiba.Selalunya bila kami sampai umah pengantin nak buat keja..tuan rumah selalu terkejutzz...awat tak barang2 hiasan yang kami bawak semua besaq besaq belaka.Mai pun dgn lori 3 tan.Tuan umah terus tanya ni mai nak buat pelamin kaa hampa nak buat rumah??kami jawab nak buat pelamin laa.Yerlaa zaman 10 tahun lepas kami buat pelamin mmg semua guna besi so tak la sampai lori 3 tan kann...ni mai mai zaman 2011 semua barang hiasan besaq besaq so terkejutzzz laa tuan rumah.Dulu depa besa duk tengok orang buat pelamin mai ngan van saja.So tak salah ke depa laaa.Tapi untuk semua yg baca ni jangan risau kami sentiasa akan ukur size kawasan rumah dulu sebelum nak rekomen pelamin yg besaq besaq k...kalau kawasan umah kecik kita buat cara kecik n grand tapi kalau besaq kawasan umah kita buat laa cara besaq n grand....

So sampai berjumpa lagi.Sembang....sembang jugak..cek nak kena tidoq dah ni...esok nak bangun awai pasai nak pi jenguk umah pengantin kat kampung gajah puteh kat sik nuuuu...Nanti kita upload gambar gambar naa...byee semuaaa....ooopssss...sebelum apa2 nabil hair salon nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pasangan mempelai yg telah mengambil pakej pengantin kat nabil hair salon.Kami amatlaa terasa bahagia di hati pasai  hampa semua percaya kat kami.Terima kasih banyak banyak naa....kalau ada rezeki jumpa lagi...jangan serik noo...byee..assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment